Monday 2 April 2012

SANGGUP MATI DEMI MEMPERTAHANKAN AURAT WANITA

Suatu ketika dahulu di zaman Madaniyah,seorang wanita Arab Islam telah pergi ke pasar Bani Qainuqa' (Yahudi) untuk membeli barang. Di sana, wanita tersebut berada berdekatan dengan tukang pembuat emas. Kemudian sekumpulan orang yahudi telah datang kepadanya dan cuba mengganggu wanita Islam tersebut dengan membuka penutup mukanya tetapi ia telah ditentang oleh wanita tersebut.

Di sebabkan keengganan wanita tersebut, si tukang emas itu pun secara senyap telah mengungkai tali yang mengikat baju wanita Islam itu dibadannya, lalu bila wanita tersebut bangun untuk beredar maka terselaklah auratnya dan menjeritlah wanita itu untuk meminta bantuan.

Mendengarkan jeritan wanita Islam itu, seorang lelaki muslim meluru kearah tukang emas tadi lalu membunuhnya demi mempertahankan maruah wanita itu. Melihat keadaan demikian, sekumpulan yahudi tadi pun naik marah dan menyerang lelaki muslim itu dan membunuhnya.

Persoalannya?

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yang dihadapi oleh wanita tersebut? Jawapannya, tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar sukarela, “ikhlas” dari hati mereka.

Dahulu, betapa tingginya maruah seorang wanita muslim itu dilindungi oleh seluruh ummat Islam hingga ada yang sanggup berkorban demi mempertahankan kesucian jiwanya. Dahulu juga memperlihatkan betapa tingginya semangat jihad seorang lelaki muslim dalam mempertahankan kebenaran. Ini sekali gus memperlihatkan kekuatan ummat Islam. Pada ketika itu.

Tapi sekarang, bukan seorang bahkan hendak mempertahankan kesucian seorang gadis dalam keluarga sendiri pun susah. Bahkan maruah gadis-gadis muslim sekarang sudah terlalu murah kerana begitu senang sahaja kesucian mereka dirampas oleh lelaki-lelaki yang rakus demi memuaskan nafsu serakah mereka.

Bahkan lelaki-lelaki muslim juga sudah hilang keperwiraan mereka. Mereka lebih mudah terikat dengan cinta dunia serta segala janji yang ditaburkan syaitan kepada mereka. Untuk berjihad? Jauh sama sekali. Semangat kejantanan dalam diri mereka hanya pada perkara yang kecil-kecil sahaja bukan pada perkara besar seperti menjadi Khalifah atau menjadi pemimpin yang unggul.

Kenapa ini berlaku?

Kerana ummat Islam seluruhnya telah pun terkena Ghazwul fikr yang dilontarkan oleh Bani Qainuqa' serta keturunan mereka (yahudi) yang ingin membalas dendam. Perancangan mereka rapi, perancangan mereka juga lama. Kini, ia membuahkan hasil.

Wallahu'alam

AKHLAK YANG TERTANAM

Akhlak ibarat bunga, sangat cantik dan menarik bagi sesiapa yang memandang 
orang akan suka dan ingin mendekati dan memilih. Maka siapa yang berakhlak 
mulia akan diminati dan di sayangi.

Sebaliknya akhlak yang buruk ibarat najis yang tiada siapa ingin padanya.
Bahkan orang akan lari dan tidak ingin memandang lagi padanya. Orang akan
berharap agar tiada ingin bertemu dengannya. ertinya manusia yang berakhlak
buruk dan tinggal seorang diri. Orang takut dan benci kepadanya, sekali pada
saudara maranya.

Oleh itu kenalah kita berusaha untuk mendapatkan akhlak yang mulia, kerana
sekali pun kita orang pandai, orang kaya, orang berkuasa, orang terkenal, namun kalau akhlak buruk kawan-kawan disekeliling kita akan memulaukan kita. Apatahlagi kalau kita orang miskin. orang bawahan dan orang bodoh, berakhlak buruk pula, tentu kita akan terhina dimata manusia dan disisi Allah.

Diharap umat islam seluruhnya benar-benar memperolehi akhlak yang mulia
dan erti sebenarnya. Dengan akhlak yang mulia kita akan menjadi ummah yang
akan dicontohi, diyakini serta disegani oleh kawan dan lawan.

Akhlak yang mulia berpunca dari hati yang bersih. Bersih dari segala bentuk
mazmumah ( sifat jahat ) dengan manusia. Contoh sifat yang bersih atau baik
terhadap Allah ialah rasa kehambaan kepada Allah, rasa cintakan Allah, takut
dan hormat denga Allah, rasa tawakkal dan lain-lain.

Sebaliknya, sifat hati yang jahat kepada Allah ialah tidak mempedulikan Allah,
tidak ambil tahu tentang Allah, mengecilkan hukum-hukum Allah, ragu-ragu
denga Allah, kurang taat dan sebagainya.

Seterusnya sifat hati yang baik terhadap sesama manusia,yang bakal melahirkan akhlak yang mulia ialah sifat rendah diri, pemaaf, rajin, kasih sayang, zuhud,berbaik sangka dan lain-lain.Lawan sifat itu ialah hati penuh dengan rasa sombong,bakhil sombong ,malas,tamak,benci membenci,sangka jahat,dan cinta dunia

Manusia umumnya dilahirkan bersama nafsu jahat, disamping roh ( hati ) yang suci.Nafsu membesar bersamanya fizikal. Tanpa pendidikan yang tepat untuk menundukkan nafsu itu, nescaya ia akan menguasai hati dan fikiran manusia.

Umumnya kita yang melalui sistem pentadbiran sekular telah gagal mendapatkan
sifat hati yang baik. Pendidikan sekular membenarkan sifat-sifat sombong,hasad dendam, tamak, cinta dunia dan lain-lain berleluasa dalam hati seterusnya melahirkan akhlak yang buruk. Hanya islam melalui ilmu tasawuf akan menyelesaikan masalah hati yang kotor serta akhlak yang buruk ini. Al-Quran dan hadis banyak menuntut serta menunjukkan jalan kepada akhlak yang mulia.Diantara langkah-langkah yang dikehendaki ialah:

a. Berilmu ( tasawuf )
b. Menghidupkan ibadah.
c. Bertaubat dari dosa.
d. Mujahadah.
e. Latihan praktikal tentang akhlak yang mulia

Moga-moga Allah izinkan dan membantu kita untuk menjadi manusia yang berhati suci dan berakhlak mulia.Selamatlah kita hendaknya didunia dan diakhirat kerana memilih kedua-duanya seperti mana janji Allah:

“Pada hari itu tidak berguna harta dan anak-anak kecuali mereka yang membawa hati yang selamat”.(Asy-Syura:88-89 )

“Barang siapa yang bermujahad pada jalan kami, nescaya kami akan tunjuki jalan kami itu”. ( Al-Ankabut:69 )

Wallahualam...

MENEGUR ISTERI TANDA SAYANG

Menegur isteri merupakan suatu perkara yang amat mencabar bagi seorang suami. Walaupun ianya nampak mudah, namun begitu sekiranya tersalah langkah boleh membawa pecah belah di dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri mudah menerima teguran daripada suami, apatah lagi bagi pasangan yang memulakan perkahwinan dengan percintaan. Apabila si suami memberi teguran, si isteri akan mengungkit kisah-kisah lama semasa bercinta dimana si suami menuruti sahaja kehendaknya pada ketika itu. Sehinggakan bau kentut pun dirasakan wangi seperti deodoren.

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri kita sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Nabi kita, Baginda saw telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi saw:"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita" (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Sebagaimana pesan Nabi saw, untuk meluruskan tulang yang bengkok bukannya mudah. Andai tersilap mungkin boleh patah, seandainya dibiarkan ianya akan terus bengkok selama-lamanya. Di sinilah suami perlu bijak mencari strategi untuk meluruskan tulang yang bengkok ini.

Ada perkara-perkara yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan untuk menegur isteri.

Pertamanya, teguran tersebut boleh dilakukan secara lisan ketika pasangan suami isteri berdua-dua dalam keadaan yang tenang. Jangan sekali-kali menegur ketika sedang makan dan dihadapan khayalak ramai kerana ianya boleh menjatuhkan maruah isteri.

Keduanya boleh dilakukan secara penulisan. Si suami boleh menulis surat atau email kepada isteri dengan ayat yang puitis untuk menegur si isteri. Namun begitu katanya, jangan sekali-kali menegur isteri dengan sms kerana ianya boleh menimbulkan salah faham dan menghancurkan hati isteri. Apatah lagi sekiranya sms tersebut diterima ketika bekerja atau memandu yang boleh menyebabkan fikiran isteri terganggu.

Ianya bergantung kepada keselesaan masing-masing. Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Asalkan ianya berhikmah nescaya ianya membawa kepada mawaddah. Teguran mestilah ikhlas untuk membimbing isteri daripada tidak tahu kepada tahu. Bukan untuk menunjukkan "kekuasaan" sebagai suami semata-mata. Bak kata orang tua-tua, "cubit-cubit sayang".

Bahana Suami Tidak Menegur

Sesetengah golongan lelaki memilih untuk berdiam diri. Awas, kadang-kadang tindakan berdiam diri ini boleh membawa si suami terjerumus ke dalam golongan yang dayus. Langsung tidak memberi respon walaupun si isteri melakukan kesalahan di depan mata.

Takutlah akan pesan Baginda saw:Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah saw bersabda: "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus? , bersabda Nabi saw: " Iiatu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)" - ( Riwayat At-Tabrani)

Menegur Isteri Tanda Kasih Sayang

Ada yang menganggap, menuruti kehendak isteri itu adalah salah satu tanda seseorang suami itu menyayangi isterinya. Namun begitu, ada juga yang menganggap perkara ini boleh menjerumuskan rumah tangga tersebut kepada kebinasaan. Ini kerana, bukan kesemua kehendak isteri perlu dituruti oleh suami.

Sekiranya isteri melakukan kesalahan atau kesilapan, ianya perlulah ditegur seawal membina rumah tangga. Janganlah ditangguhkan kerana ianya boleh membawa barah di dalam kehidupan rumah tangga tersebut. Akhirnya menjadikan kesalahan sebagai perkara biasa. Akhirnya isteri naik tocang, rumah tangga menjadi pincang. Akhirnya suami mendapat pengiktirafan sebagai suami yang dayus.

Andai isteri tersalah, suami menegurnya. Begitu juga sebaliknya.Saya yakin, jika kita dapat hidupkan budaya tergur menegur dan nasihat-menasihati, pasti rumahtangga kita akan lebih harmoni dan bahagia, insyaAllah

Wallahualam....

CINTA DITOLAK,ADAKAH INI MEMALUKAN??

“Maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta awak. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat awak baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”

Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS atau bermacam-macam cara lagi yang menyatakan hasrat cinta di tolak sama ada yang masuk ke inbox telefon kita atau secara berhadapan.Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita. Cinta kita ditolak! Malu..! Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.

Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.

Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita. Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih. Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa. Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita

Man propose, God dispose - Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!

Ini Bukan Suatu Aib

Ditolak?

Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu. Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.

Apabila ditolak tidak usah malu. Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita. Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas

Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan

Berfikir Positif..

Marah-marah kerana ditolak? Mendoakan keburukan kepada lelaki/wanita yang menolak kita? Itu bukanlah sikap seorang muslim yang baik.

Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta. Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mencintai dan melamar orang, maka ada juga hak yang diberikan agama pada orang lain untuk menolak pinangan kita.

Bahkan dalam kehidupan rumah tangga pun seorang suami dan isteri diberikan hak oleh Allah (SWT) untuk membatalkan sebuah ikatan perkahwinan. Mengapa Allah SWT memberikan hak menolak cinta kepada kita? Dan dalam perkahwinan ada “penceraian”?

Jawapannya adalah mungkin manusia yang pernah jatuh cinta atau setelah membina rumah tangga, ternyata tidak memperoleh kebahagiaan (al-hanaah) dari pasangannya, maka tiada gunanya untuk kita mempertahankan sebuah hubungan apabila kebahagiaan dan ketenteraman tak dapat diraih. Wallahuaklam bi ash sawab

Berfikir positiflah apabila cinta atau hasrat hati kita itu tidak berbalas. Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan apabila hidup bersamanya. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.

Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

Firman Allah Yang Bermaksud:dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]

KITA PERNAH DILUKAI DAN MELUKAI...

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”

PUJUKLAH DIRI,LEPASKAN DIA PERGI...

Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.

Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.

Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

Bukankah itu lebih mengghairahkan?

SEBUAH KEHIDUPAN..


Sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Sebuah kehidupan yang penuh dengan kesabaran. Sebuah kehidupan adalah sebuah perjalanan kita diakhirat kelak. Sebuah rintihan daripada kita semua.

Wahai umat Muhammad SAW, pernahkah kita semua berfikir, bagaimana kita nanti diakhirat kelak? Adakah Kita akan memasuki syurga ataupun sebaliknya neraka? Adakah kita yakin dengan amalan yang telah kita kerjakan? Adakah ikhlas daripada dirimu sendiri atau paksaan? Pernahkah kita semua renungkan betapa banyaknya dosa2 kita semua kepada Allah SWT? Adakah kita sentiasa ingat dan bersyukur kepda Allah S.W.T? Pernahkah kamu bersangka baik kepada Allah S.W.T?

Allah S.W.T tidak kejam, malah Maha Penyayang. Allah S.W.T sayang kepada kita semua. Allah S.W.T tidak kedekut malah Maha Pemurah. Nescaya jikalau kamu meminta akan diberi oleh-Nya.

Adakah amanah dan tanggungjawab yang Allah S.W.T berikan kepada kita semua telah jamin dijaga dan dilaksana? Fikirkanlah, nescaya kita lupa tentang itu. Selama ini, kita berfoya-foya dengan kehidupan di dunia yang sementara dan hanyalah mainan semata-mata. Mahukan kemewahan didunia, rumah yang besar, isteri yang cantik, pakai kereta yang paling mahal didunia, dan sebagainya, tetapi kita miskin diakhirat. Adakah itu yang kamu mahukan? Tidakah kamu sedar tentang itu??

Wahai umat Muhammad SAW, Adakah kamu ingat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW? Adakah kamu semua mengikuti sunnah dan Al-Quran yang ditinggalkan oleh baginda? Adakah kamu sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan Allah S.W.T dan para malaikat berselawat keatas baginda. Pernahkah kamu mengingati perjuangan Nabi Muhammad SAW apabila untuk meluaskan ajaran islam kepada kita semua?? Ketika itu, baginda dihina, dipukul, dibaling najis, dikutuk dan sebagainya demi untuk menyampaikan agama ISLAM sehingga kita dapat hidup dengan aman dan damai. Tanyalah diri kita sendiri, betapa banyaknya kita leka dan kita lupa..

Bagaimana pula dengan kedua ibubapamu? Adakah kamu menghormati dan mematuhi arahan mereka selagi mereka tidak menyekutukan Allah S.W.T ?

Bagaimana kamu menjaga kedua ibubapamu? Adakah kamu telah menjamin membawa dan membimbing meraka ke syurga? Jikalau tidak, pasti ia akan berlaku membawa mereka ke syurga firdaus dimana tempat untuk orang yang beriman kepada Allah S.W.T. Betapa banyak jasamu kepada Kedua ibubapamu? Dan betapa banyaknya pengorbanan kedua ibu bapamu yang selama ini kamu derharka?? hitungkan betapa banyak pengorbanan kedua ibubapamu keatas diri kamu. Renungkanlah.. Mereka sanggup mengorbankan diri mereka sendiri tanpa menggeluh dan mengadu kepada kita semua.. Apakah pengorbanan dan jasamu kepada kedua ibubapa kamu? Renungkanlah wahai umat Muhammad SAW. Jikalau belum, pastikan kamu berjasa kepada kedua ibubapamu selagi mereka bernafas dan sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir dimana mereka akan kembali ke sisi Allah S.W.T..

Wahai umat Muhammad SAW, Masih belum terlambat untuk kita berubah, pintu-pintu taubat masih terbentang dan terbuka luas untuk kita semua bertaubat. Selagi kiamat tidak berlaku. Marilah kita bersama-sama menegakkan agama islam, menyucikan agama islam, memperjuangkan agama islam, dan beramal dengan ajaran agama islam dengan mengikuti sunnah dan Al-Quran yang telah ditinggalkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. InsyaAllah, kita akan menjadi umat yang terunggul dan umat yang berjaya didunia dan diakhirat kelak.. dimana akhirat kelak adalah kehidupan yang abadi buat selama-lamanya..

Akhir kata,Sesungguhnya manusia tidak sempurna. Sesungguhnya Allah SWT yang menentukan apa yang kita merancang. Semoga kita semua akan sedar daripada kelalaian dan kelekaan kita didunia ini serta melakukan perubahan kearah kebaikan didunia dan diakhirat. InsyaAllah, Amin..
 

4 WANITA MULIA

4 Wanita Mulia Dan Juga Penghulu Segala Wanita Di Dunia..

Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

1. Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

2. Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

3. Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah SAW bersabda :

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia ; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun ; Maryam binti Imran, ibunda Isa ; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah. Meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah. Wanita ini mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam. Berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah. Anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya. Isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Sewajarnya dijadikan ikutan para Muslimah.

Apa yang paling penting ialah wanita yang bergelar isteri solehah. Menjadi pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya. Penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan “mewariskan” segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat. Bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Lantaran itu, agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi seseorang hamba. Perhiasan akhlak terpuji, pengisi ruang kekosongan jiwa dengan keimanan dan ketakwaan. Pembimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Wallahualam...

MESKIKAH MENCINTAI SATU SAMA LAIN BARU BOLEH BERKAHWIN??

Rasa sunyi bila tiada. Rasa pilu bila tidak berhubung. Rasa lemah bila tidak berjumpa.Tetapi bukankah rasa sunyi bermaksud rindu? Bukankah bila wujud perasaan sayang dan rindu itu bermaksud cinta? Bukankah rasa pilu wujud setelah dua hati telah bertaut?Apakah cinta adalah syarat utama untuk berkahwin?

Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang. Jangan cuba memaksa untuk dapatkan orang yang kita suka tetapi sayangilah dengan apa yang kita ada.

Cinta, kasih dan sayang itu adalah hak milik Allah. Dia berhak untuk titipkan perasaan cinta, kasih dan sayang itu kepada sesiapa sahaja. Sama juga. Dia berhak untuk menarik perasaan cinta, kasih dan sayang itu daripada sesiapa sahaja, bila-bila masa.

Tidak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta 100% itu, ia akan kekal sehingga ke alam rumah tangga! Apatah lagi bercinta hingga ke syurga.

KAHWIN DULU, CINTA KEMUDIAN

Walaupun kita cuba pertahan keindahan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun. Walaupun kita membataskan banyak perkara agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat.

Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim :Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."

Cinta sebelum kahwin sudah terbukti banyak yang melanggar prinsip Allah SWT. Ia hanya merupakan jalan hidup yang sia-sia. Jalan hidup yang penuh dengan dosa dan noda. Yakni jalan kemaksiatan yang amat dibenci oleh Allah.

Walaupun kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan janji-janji manis, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin.Walaupun kita cuba membataskan banyak perkara dan pergaulan, namun akhirnya ramai yang terbabas!Hakikatnya, fahamilah.

Cinta sebelum kahwin adalah cinta nafsu. Cinta selepas kahwin adalah cinta suci.

Cinta sebelum kahwin banyak melahirkan penzina. Cinta selepas kahwin banyak melahirkan pencinta hingga ke syurga.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu.

Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Berkhayal dengan dunia mereka sendiri tanpa ambil peduli tentang dunia.Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah kita tidak hairan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian. Begitu juga dengan dunia artis kita!

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada Allah semat-mata akan membahagiakan hati dan menenangkan jiwa manusia. Indahnya cinta bila lafaznya adalah halal!

Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab Allah. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-Nya.

JIKA KITA...

Jika kita adalah sahabat kepada seseorang, jadilah sahabat yang baik, apabila ada masalah kitalah orang pertama yang dicari. Walaupun hanya mendengar, itu sudah mampu melegakan hati sahabat yang sedang gundah gelana. Indahnya bersahabat kerana Allah, susah senang dikongsi bersama.

Jika kita ingin menjadi makmum kepada seorang imam. Jadilah sayap kiri kepada seorang khalifah. Menjadi pendengar setia kepada seorang daie. Tulang belakang kepada seorang adam. Memadailah dengan hanya mendengar, bagai secangkir cinta buat penghilang dahaga. Sebuah ikatan kasih buat pengikat, sekuntum sayang buat azimat perangsang diri. Tidak perlu apa-apa lagi.

Jika kita mahu menjadi dai'e yang mampu menggerakkan agama. Sebelum dai'e mahu mad'u mendengar, dai'e perlu lebih dahulu mendengar. Mendengar tanpa menghukum melulu. Penyebab dakwah didengar dan mendengar bukan logiknya ucapan, ianya kerana kesungguhan yang mendalam para dai'e untuk mendengar.

Ingat!!Kitalah yang melagukan lirik-lirik dakwah kepada telinga-telinga pendengar,Kitalah yang melukis dakwah pada kanvas-kanvas hati manusia yang kosong dan Kitalah yang meneriakkan laungan-laungan dakwah di setiap tempat yang dihuni manusia..

SAYA SANGGUP TGU AWAK

"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.

"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"

"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."

"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk sekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"

****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.Moga atas jambatan Cinta Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, cita-cita yang digarap atas nama Cinta-Nya mampu digapai dalam inayahnya insyallah..

HANYA KRANA CINTA

Kasihan kepada remaja hari ini, belum pun mereka menerima didikan yang cukup, mereka telah dirangsang dan ditarik pergi jauh daripada ibu bapa mereka dan ajaran islam, kemudian mereka didedahkan dan dirangsang oleh media massa supaya melakukan perkara perkara yang dilarang, kemudian ada pula orang yang menyalahkan remaja-remaja ini.

Mereka telah diperkotak katikkan pada usia yang terlalu muda. Tak hairan, mereka menjadi keliru dan bertindak seperti orang yang keliru.

MASYARAKAT PENTINGKAN DIRI

Masyarakat hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku hampir setiap hari. Kebanyakannya memfokuskan kepada remaja dan masalah sosial itu tiada hentinya untuk dibicarakan. Remaja mengandung luar nikah semakin mengancam keharmonian masyarakat, semakin banyak ditegur, dipapar dan disiarkan gambar-gambar bayi yang dibuang macam sampah oleh pelaku tidak bermoral itu, semakin bertambah pula bilangan bayi-bayi yang dibuang.

Mengapa anak-anak remaja kita semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia?

Tiada siapa mampu memberi jawapannya kerana yang pasti akhlak remaja semakin rosak dan liar.

Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa masalah sosial ini terus berlaku?

Ini kerana kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca kepada akar umbi masalah sosial tersebut.Sebab utama berlakunya kerosakan dan keruntuhan akhlak remaja iaitu ISLAM!

Masyarakat,pemimpin negara mahupun rakyat jelata hanya mementingkan diri mengejar keduniaan sehingga norma-norma penghayatan islam hanya diserahkan kepada golongan ustaz dan ulamak.

"GURU KENCING BERDIRI, MURID KENCING BERLARI"

Anak-anak kita belajar dari apa yang dipandang dan dilihat. Dunia tanpa sempadan mempercepatkan lagi anak-anak memahami teladan yang dipaparkan kepada mereka. Tak hairanlah kenapa remaja kita rosak sebab kita orang dewasa yang dah rosak.

Agama dipinggirkan kerana mengejar status dan kemajuan negara maju. Al quran sekadar hiasan rumah dan pertandingan tilawah Al quran setahun sekali untuk menggambarkan sebagai negara islam. Hukum-hakam dan panduan dalam Al quran di simpan kemas di dalam almari.

Ajaran Al quran yang asas sahaja diajar sekadar untuk mengenal tulisan, bukan untuk diambil menjadi pegangan. Tidak hairanlah hari ini kebanyakkan pelajar di IPT tak reti nak baca Al quran, solat pun ikut-ikut saja pada hari jumaat seminggu sekali. Masjid sekadar lambang kemegahan dan kekayaan negeri. Orang yang pakai kopiah pun dikatakan ketinggalan zaman.

Kalau begini corak pemikiran pemimpin dan masyarakat pada hari ini tidak hairanlah dua tiga tahun lagi, masyarakat kita akan hanyut dalam dunia tanpa sempadan, maruah digadai demi keseronokan, kekayaan negara dibazirkan untuk mengejar hiburan. Al quran dipinggirkan kononnya ketinggalan zaman. Tunggulah pasti negara akan hancur kerana kejahilan.

Orang dewasa perlu menjadi teladan, anak-anak mesti diberikan panduan Al quran, pelajaran di sekolah dimartabatkan, nilai-nilan insan perlu dipraktikkan sedari awal usia. Hiburan yang melalaikan (lagha) diminimakan. Pelajaran agama diutamakan. Pasti Generasi mendatang jadi kebanggaan ummah!

Hakikatnya bukan salah keluarga, tetapi kesalahan besar pihak penguatkuasa yang menghidangkan bermacam hidangan menyerupai dan mendekati seks serta zina!

Kepada remaja perempuan, ingatlah mengenai sehelai kain baru. Apabila terkena walau setitis kopi, anda akan menganggap kain itu telah 'spoilt' atau rosak dan tidak baru lagi. Oleh itu, jagalah kehormatan diri anda supaya anda tidak rosak, sebab, bila rosak, anda tidak boleh menyalahkan orang lain jika mereka menganggap anda telah rosak, kerana anda sendiri mempunyai anggapan yang sama pada sehelai kain baru. Jangan hanya kerana cinta yang tidak pasti bernilai, maruah yang pasti bernilai sanggup digadaikan.

Kepada remaja lelaki, ketahuilah bahawa remaja perempuan itu kaum yang lemah, walaupun mereka sendiri menafikannya. Oleh itu, walaupun anda telah dihidangkan dengan sekatil daging mereka, tak perlulah anda mengambil kesempatan ke atasnya, walaupun mereka menyatakan ia adalah BUKTI CINTA mereka.

Usaha pelbagai pihak amat diperlukan bagi membendung gejala sosial
di kalangan remaja.Para pemimpin,masyarakat dan ibu bapa perlulah bersama memainkan peranan dalam usaha membendung masalah ini agar mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan.Belajarlah dari sejarah Islam bahawa kaum kufur tidak pernah menang ke atas Islam dalam peperangan, tetapi mereka mudah menewaskan Islam hanya dengan meruntuhkan akidah, akhlak dan meracuni pemikiran generasi muda dengan keduniaan supaya masyarakat Islam tidak lagi berpegang kepada ajaran Quran dan RasulNya.

Wallahualam..

KISAH SEORANG PAK CIK


Seumur hidup pakcik, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini..

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.

Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!"

Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan.

Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

Moral:Kekayaan itu hanya di dunia dan apabila kita mati nanti,hilanglah kekayaan itu dan yang kita bawa adalah amalan.Ingatlah Allah boleh memberi pada bila-bila masa kepada kita dan Allah juga boleh mengambil nikmat daripada kita bila-bila masa, di mana saja dan apa cara sekalipun.Kekayaan, kemiskinan, kebaikan, keburukan dan setiap musibah yang menimpa manusia merupakan ujian dari Allah swt. yang diberikan kepada hambanya. Itu bukan ukuran kemuliaan atau kehinaan seseorang. Janganlah bangga karena kekayaan dan janganlah putus asa karena kemiskinan.

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah Ibrahim, Ayat 7)
 

TERJERAT OLEH CINTA

“Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu untuk apa hidup di dunia kalau awak meninggalkan saya..” 

Kita pasti akan terbang melayang-layang ke langit apabila seseorang pesanan text sms sebegitu kepada kita. Terasa diri begitu dipuja dan dihargai sehinggakan menjadi sebegitu penting dalam kehidupan seseorang. Kita pasti tersipu – sipu malu dan merah padam muka kerana sangat terharu, lalu mengatakan “Awak, janganla begitu..”

Kita memang tidak layak meletakkan cinta kepada manusia secara berlebihan. Apatah lagi mereka yang baru mengenal cinta seperti remaja dalam melabuhkan cinta. Sebenarnya orang yang kita cintai itu biasa – biasa sahaja, tetapi kita memandangnya luar biasa kerana selalu mendengar lirik – lirik lagu, syair pujangga dan filem cinta, yang membuatkan kita terikut – ikut. Itulah cinta monyet.

Ok, cuba kita tanya pada diri sendiri, adakah kita sanggup ikut mati jika kekasih kita mati? kita sanggup mati kerana cinta kepada yang belum pasti menjadi isteri atau suami kita? Harus kita ingat, sekarang adalah zaman serba pantas, cinta boleh didapatkan dalam hitungan minit. Hari ini kita putus, esok mungkin seseorang yang baru hadir dalam hidup kita.

Kita tidak perlu rasa terjerat oleh perasaan cinta. Apatah lagi orang yang kita sukai dan cintai itu masih belum lagi menjadi isteri atau suami kita. Justeru, kenapa kita menjadi sangat obses kepadanya? Adakah kita merasakan kita memiliki dia secara keseluruhannya? dan kita juga merasakan diri kita miliknya sehingga tiada sesiapun pun yang boleh mengambil kita, even ibubapa kita sendiri. Kau adalah milikku, dan aku adalah milikmu. Parah bukan?

Lepaskanlah diri dari jerat cinta. Kita bebas untuk menentukan apa sahaja dalam hidup kita dan apa yang ingin kita lakukan. Kenapa kita perlu rasa terkongkong? Adilkah jika kita tidak dapat mengadakan study group dengan rakan-rakan kerana tidak disukai oleh teman lelaki? Kita disayangi oleh kekasih, sehingga semua orang yang dekat harus kita jauhi? Sungguh menyakitkan.

Cinta tidak wajar menyekat hak – hak kita sebagai seorang yang bebas. Bebas dalam memberi pandangan, berperilaku positif dan bebas menentukan diri sendiri. Tapi kenapa apabila kita meluahkan perasaan cinta kepada seseorang dan kemudiannya orang itulah akan menentukan jalan hidup kita. Menentukan hala tuju kita, apa yang boleh kita buat dan tak boleh kita buat.

Lebih parah lagi apabila seseorang yang kita anggap kekasih hati itu dengan jayanya telah berjaya meyakinkan kita, dan menggantikan tempat ayah kita yang selama ini berhak mengatur hidup kita. Menggantikan tempat keluarga yang selama ini melindungi kita. Aneh bukan?

Kita ada ayah yang perlu diutamakan. Kita ada keluarga yang harus dijaga kehormatan. Kekasih kita bukanah sesiapa, tetapi hanya memberikan kita masalah dan membuatkan kita bermasalah.

Kita ingin putus, tetapi tak berani putus. Kita ingin sudahi cinta monyet ini tapi terdaya melakukannya. Kita ingin menjadi diri kita sendiri tetapi selalu merasa tidak sampai hati. Kita ingin menjadi hamba Allah yang soleh dan solehan, tetapi ingatan terhadap kekasih selalu menghambat fikiran kita.

Persoalannya, sampai bila kita akan begini?

Cinta menyapa tidak memberikan berkat bagi hidup kita. Sebaliknya, hidup kita akan menjadi serba tidak teratur, serba tidak kena. Begitu salah dan begini pun salah. Hidup bagaikan burung di dalam sangkar, nampak selesa dan nyaman, tetapi sedih dan menggelisahkan. Apakah kita boleh terlepas dari kongkongan itu?Tidak. Kerana kita tidak sampai hati melakukannya.

Ketika cinta menyapamu, janganlah silau dengan indahnya dia, tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuatmu semakin dekat kepada Allah atau tidak

PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan dialog di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Hargailah mereka.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..Apabila setiap pengorbanan yang dilakukan isteri dihargai oleh suami, Insyallah hubungan itu akan menjadi lebih membahagiakan.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian istri-istri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang." (Ar-Ruum: 21).

10 HIJAB PENGHALANG

10 Hijab Yang Menghalang Daripada Mendapat Hidayah Allah SWT..

1-Hijab Pertama:Jahil

••►Disebabkan keperluan Ilmu untuk mencapai hidayah, maka Ahli Sunnah mewajibkan menutut ilmu di atas setiap muslimin dan muslimat

2-Hijab Kedua:Bid’ah

Amal soleh yang kita kerjakan mesti selari dengan dengan 2 syarat:

••►Demi Allah SWT dan suci daripada Syirik

••►Mengikut Sunnah Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian, semua amalan yang tidak pernah Rasululah SAW lakukan pasti Allah SWT menolaknya tanpa diragui.

3-Hijab Ketiga:Dosa-dosa besar yang berkaitan batin

••►Orang yang memilki sifat-sifat rohani yang keji atau sifat-sifat mazmumah seperti Takabbur,hasad, ujub, bangga dengan diri. sendiri, bakhil, melakukan perkara sia-sia serta perbuatan berzina, minum arak, mencuri dan sebagainya daripada kategori sifat-sifat mazmumah, maka pemilik kepada sifat-sifat tersebut sebenarnya adalah manusia yang terhalang daripada mendapat Hidayah Allah SWT, walaupun pada zahirnya dia seorang yang berpakaian Islam setiap hari

4-Hijab Keempat:Perbuatan dosa besar secara luaran atau tindakan

••►Orang yang berusaha kearah mencuri sesuatu secara bijak seperti melalui akaun dan projek-projek kerajaan, pengusaha yang mencari arak dan lain-lain usaha kearah mendapat dosa-dosa besar. Semuanya pasti terhalang daripada mendapat hidayah Allah SWT, walaupun disertai dengan taubat.selagi pakaian dan segala kemudahan hidupnya berhasil daripada perkata haram pasti dia bukan dari golongan yang mendapat hidayah Allah SWT, begitu juga daging tubuhnya yang sebesar zarah yang terhasil daripada makan haram tidak dibunag daripada tubuhnya, pasti Allah SWT menolak Taubat Nasuhanya, Haji dan Umrah yang Ikhlas, solat dan Puasa yang sempurna, sedangkan tubuh yang berada di atas sejadah adalah Tubuh dan Tulang yang bercampur dengan perkara-perkara haram pasti Allah SWT menolak amalan dan doa mereka

••►Lelaki memandang aurat perempuan adalah zina mata ianya merupakan zina kecil, jika perbuatan ini berterusan boleh menyebabkan dosa besar.

••►Memandang sesuatu dosa adalah perkara remeh dan kecil seperti perbuatan merokok

••►Merasa selesa dengan dosa dan berbahagia dengan perbuatan dosa, perasaan selesa dengan dosa adalah lebih bahaya daripada melakukan dosa

••►Melakukan maksiat secara sembunyi tetapi berulang melakukannya

5-Hijab Kelima:Memandang remeh dosa kecil

••►Dosa-dosa kecil yang telah sebati dengan kehidupan harian, kerana orang-orang mukmin tidak akan merosakkan amalan atau perbuatan soleh kepada Allah SWT dengan dosa-dosa kecil, kenapa kita harus merosakkan nasi yang kita makan dengan najis seperti tahi ayam.

6-Hjiab Keenam:Syirik kepada Allah yang kita tidak sedar

••►Zaman moden begini syaitan telah menggunakan segala kecanggihan IT dan Teknologi untuk merosakkan pandangan mata dengan nikmat berzina melalui mata, mulut berzina melalui perbualan-perbualan lucah dan lain-lain kecanggihan yang telah merosak kehidupan manusia segala-galanya syaitan baluti dan hiasi dengan seni ukiran syaitan.

Dan (ingatlah), hari yang di waktu itu Kami menghimpun mereka semuanya[464] kemudian Kami berkata kepada orang-orang musyrik: "Di manakah sembahan-sembahan kamu yang dulu kamu katakan (sekutu-sekutu) Kami?."

[464] Semua makhluk Allah yang mukallaf.

Kemudian tiadalah fitnah [465] mereka, kecuali mengatakan: "Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah".

[465] Yang dimaksud dengan fitnah di sini ialah jawaban yang berupa kedustaan.

Lihatlah bagaimana mereka telah berdusta kepada diri mereka sendiri dan hilanglah daripada mereka sembahan-sembahan yang dahulu mereka ada-adakan.
(Surah Al An'aam,ayat 22,23,24)

7-Hijab Ketujuh:Berlebih-lebihan dalam perkara yang diharuskan seperti memakai pakaian yang diharamkan.

••►Perut yang dipenuhi dengan bahan-bahan haram. Pasti segala tenaga dan kudrat tubuh yang bersumberkan perkara haram tidak akan dapat memancarkan Cahaya dan Tenaga Allah SWT yang suci murni

8-Hijab Kelapan:Bencana yang diterima menyebabkan dia melakukan kelalaian.

••►Hidup yang dipenuhi dengan kelalian. Lihatlah setiap hari aktiviti tidak menuju ke Rumah Allah SWT, Setiap hari kita tidak rindu kepada wajah Allah SWT, kita penuhi perbuatan sia-sia sehingga kita menipu diri kita dengan dikir barat Islam , piala bola dunia Islam, nyanyian dan nasyid Islam, Al-Quran dibaca berserta muzik secara Islam, sukan berbentuk Islam dan sebagainya kita cuma namakan segala ciptaan kita dengan Islam , lalu kita berdoa kepada Allah SWT agar amalan yang kita ciptakan mendapat pahala disisi Allah SWT

9-Hijab Kesembilan:Terlalu fanatik kepada budaya dan adat yang tidak membawa keuntungan kepada Allah SWt dan Rasulullah SAW

••►Menjadikan budaya dan adat kita sebagai ibadat kepada Allah SWT, kita sanggup katakan permainan wau,dikir barat dan sebagainya adalah satu ibadat. Sesungguhnya kita tidak segan dan silu memaksa Allah SWT menerima permainan budaya kita sebagai ibadat, sedangkan sunnah Rasulullah SAW telah Allah SWT Nobatkan sebagai Ibadat dan Allah SWT telah janjikan sunnah Rasulullah SAW akan tetap diberkati sehingga Hari Kiamat

10-Hijab Kesepuluh:Golongan yang Cintakan perkara-perkara berikut :

1-Kepentingan peribadi.

2-Syaitan.

3-Dunia

4-Hawa Nafsu

••►Telah membudayakan manusia agar segala kemudahan nikmat dunia dan pancaindera yang Allah SWT kurnikan benar-benar tidak digunakan untuk Allah SWT, malah dengan tidak segan dan silu maka manusia zaman ini telah melakukannya dengan penuh ketaatan kepada syaitan, segala nikmat dan pancaindera telah dikerahkan kepada program-program berbentuk maksiat setiap saat

PENGGUNAAN




Penggunaan MasyaAllah dan Astaghfirullah..


Kadang-kadang kita terpengaruh dengan cerita-cerita/drama-drama di dalam TV tentang kalimah-kalimah yang digunakan salah dan tidak betul pada tempatnya. Sebenarnya banyak blog yang telah menulis tentang ini tetapi sebagai umat islam kita haruslah saling berpesan-pesan dan juga menegur atau membetulkan apa yang salah. Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

1-MasyaAllah – Allah Maha Agung
2-Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
3-SubhanAllah – Maha Suci Allah
4-Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah
“Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”.

Kebanyakkan nya menggunakan “MasyaAllah” ketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Ini banyak berlaku di dalam TV. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah.

Jika kita melalui/melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”.

Jadi,marilah sama-sama kita menggunakan perkataan-perkataan tersebut di tempat yang sepatutnya.semoga Allah senantiasa memberkati kita… Amin...

KISAH SI KECIL..


Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua keletihan itu jadi hilang , bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral:Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakanlah dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalu begitu.
 

LUAHKAN SEBELUM TERLAMBAT

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.

"Adam rasa, dia suka Adam tak?" tanya Farah. "Adam tak pasti, tetapi... mungkin juga," jawab Adam. "Adakah Adam pasti dia belum berpunya?" tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: "Belum."

"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam," ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. "Perlukah saya membelinya sejambak bunga?" "Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!" "Bunga apa yang patut Adam berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada." "Adam tak kisah tentang duit."

"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?'' "Ya." "Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?" "Adam takut dia tidak sukakan Adam." Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

"Assalamualaikum Farah,Sebenarnya sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

"Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah."

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.

MORAL :Saudara Hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita.Ingat, malu bertanya akan sesat jalan, malu mencuba tidak akan memegang apa yang dicita dan malu meluah akan membuatkan kita akan selamanya hampa dan resah. Oleh itu bagi orang yang sudah bersedia untuk berumah tangga, bukalah minda untuk menerima cinta dan rela dirinya dicintai. Cinta itu mudah datang kepada mereka yang bersedia untuk menerima cinta, terutamanya orang yang mempunyai kemampuan.Lakukanlah solat sunat istikharah dan menyerahkan segalanya pada Allah.Tetapkanlah pendirian dan 'go for it'.^_^

BERGURU DENGAN KEHIDUPAN

Jika seseorang datang membuatkan kita marah maka dia adalah guru yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita selalu kesempitan wang itu tandanya kita harus bersedia belajar tentang pengurusan kewangan yang berhemah.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan itu tandanya kita sedang belajar untuk membina sikap untuk tidak terlalu berharap.

Dalam apa jua situasi dan ketika hakikatnya kita sedang diajar, dididik & ditarbiah..oleh siapa? Oleh Allah S.W.T..

Apakah tujuan disebalik semua didikan & tarbiah yang sentiasa datang dalam hidup kita itu? Tak lain untuk merubah kita menjadi insan yang lebih baik. Justeru hidup ini sendiri adalah satu proses perubahan yang berterusan maka kitalah yang menentukan arah perubahan kita.

Kenalah ada prinsip dan matlamat serta tujuan hidup yang jelas agar hidup kita tidak sekadar ‘saja-saja’ yang akhirnya ‘sia-sia’.

Mereka yang ada tujuan tidak akan mudah berputus asa kerana tujuan menghasilkan kemahuan. Dunia akan menyediakan jalan bagi orang yang mempunyai tujuan.

MENYESAL KAHWIN??

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.Kesian kena buli..Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!(◕‿◕✿)

SEBUAH RENUNGAN


Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.

Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia

Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya. (Quran, 12:53)

Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

Walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat,
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.

Sedarlah,Malulah,Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,antara jasad dan jiwa.’

Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

P/S:Memandang dia, kita pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan kita sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabbi, yang telah memberi anugerah pertemuan ini. Rahmatilah jiwa-jiwa kami, sebagaimana Engkau rahmati jiwa-jiwa yang muthma’inah. Kekalkanlah persaudaraan kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah.. sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)